Ads Top

Tular Video Rompakan Dipercayai Berlaku Di Tengah Lebuh Raya, Polis Sedang Buru Semua Suspek Yang Terlibat

Menakutkan. Petang semalam tular rakaman klip video yang memaparkan sekumpulan penjenayah sedang menarik mangsa di Lebuhraya Besraya, Kuala Lumpur.

Menurut Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata mangsa dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama menuju ke Sungai Besi melalui lebuh raya tersebut pada petang kejadian.

Tambahnya, dua kereta pacuan empat roda jenis Hilux warna hitam menahan kereta mangsa dan kemudian tiga suspek memecahkan cermin kereta tersebut sebelum merompak.

Suspek menarik mangsa dan rakannya kelaur dari kereta sebelum melarikan kenderaan itu bersama wang dan emas.

Bagaimanapun, kenderaan milik mangsa telah dijumpai di sekitar Damansara dalam keadaan terbakar.

Menurut polis, mereka sedang mengesan semua suspek yang terlibat. Mangsa mendakwa kesemua suspek berbadan besar, berbaju lengan panjang dan memakai topeng ski.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes di talian 03-2297922. Anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 

Sumber: Sinar Harian

The post Tular Video Rompakan Dipercayai Berlaku Di Tengah Lebuh Raya, Polis Sedang Buru Semua Suspek Yang Terlibat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.