Ads Top

Sudah Jangka Dikecam, Syatilla Sengaja Letak Gambar Panas Promosi Produk

Pelakon yang kini bergelar jutawan kosmetik, Syatilla Melvin sebelum ini dicemuh gara-gara tindakannya menggunakan unsur lucah dalam mempromosikan produk terbaharu keluarannya.

Kebanyakan netizen mengecam foto yang dikongsikan itu membawa maksud lucah yang tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.

Menjawab kecaman itu, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29 berkata dia sudah menjangkakan perkara itu (dikecam) sebelum memuat naik gambar tersebut demi tujuan pemasaran produknya.

“Sebenarnya, perkara ni dia ikut pada pandangan individu itu macam mana. Kalau orang di luar sana nampak benda itu secara negatif memang automatik ia akan jadi negatif dan sebaliknya, kalau mereka lihat ia daripada sudut positif, positiflah benda itu.

“Saya dan Sam (Shaheizy) memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kami dah jangka benda ini (kecaman) akan berlaku, sekali gus ini bermaksud apa yang kami cuba sampaikan berjaya. Bagi saya, bad marketing is still marketing,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Syatilla ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih iaitu maskara Hijab Mata yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.

Sebelum ini, gambar yang dikongsikan Syatilla menunjukkan aksi suaminya, pelakon Shaheizy Sam yang terbaring keletihan di sisi katil sambil muka Syatilla tersenyum puas bagi mempromosikan produk jamu yang bakal dikeluarkan syarikatnya tidak lama lagi.

> Baca: Andi Bernadee Tampil Dengan Single Penat, Kembali Ke Rentak Balada

Syatilla yang merupakan anak kedua daripada lima beradik perempuan ini juga berkata dia langsung tidak terkesan dengan kecaman yang diberikan netizen terhadap taktik pemasarannya itu kerana dia sememangya tidak pernah membaca langsung sebarang komen yang ditulis warga net di laman sosial.

“Kalau nak tahu, saya memang jenis yang tidak pernah membaca komen-komen negatif, saya memang biarkan sahaja. Tidak pernah terlintas dalam fikiran atau hati saya untuk terasa dengan komen mereka. Perkara itu tidak pernah memberi kesan kepada diri saya pun.

“Kalau orang lagi bercakap pasal kita, Allah akan tolong sebab kita bukan buat sesuatu yang salah. Kalau orang tak kecam dan cakap buruk tentang saya, mungkin saya tak kuat macam seperti yang anda tengok sekarang,” katanya lagi.

Selain berlakon, Syatilla turut mengusahkan rangkaian jenama kosmetik Kekasih yang diusahakannya bersama kakak, Syafiqa serta dua adiknya, Syifa dan Syida.

Terbaharu, perniagaan adik-beradik itu maju setapak ke hadapan apabila mereka berjaya mendirikan iklan gergasi billboard di seluruh negara yang mencecah kos sebanyak RM500,000. – KopiPlanet.com

The post Sudah Jangka Dikecam, Syatilla Sengaja Letak Gambar Panas Promosi Produk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.