Ads Top

Rakaman Bayi 6 Bulan Main Ski Air Jadi Tumpuan, Warganet Dakwa Ibu Bapa Bahayakan Keselamatan Anak

Sebilangan orang mungkin merasakan bahawa bayi yang meluncur air itu menakjubkan dan comel.

Namun tidak semua orang berasa senang melihat gelagat bayi tersebut melakukan sukan air itu, dan ada juga yang mengkritik ibu bapanya kerana menganggap ianya membahayakan keselamatan – bahkan mendakwa bahawa ianya adalah suatu bentuk ‘penderaan kanak-kanak’.

Pada usia enam bulan dan empat hari, bayi tersebut telah memecahkan rekod dunia yang pasti ramai tertanya-tanya mengapa rekod sebegitu wujud.

Dia telah memecahkan rekod dengan menjadi peluncur ski air termuda di dunia.

Satu video yang dimuat naik di Instagram menyatakan: “Saya bermain ski air sempena hari lahir 6 bulan saya. Rupanya ianya masalah besar … #worldrecord.”

Gambar yang comel itu menunjukkan bayi tersebut lengkap dengan jaket keselamatan sedang meluncur air di Tasik Powell, Utah di atas papan peluncur sambil ditarik oleh bot di hadapannya.

Ramai warganet beranggapan bahawa gambar itu comel, namun ibu bapa bayi berkenaan telah mendapat kritikan daripada sesetengah pihak yang beranggapan gagal mengutamakan keselamatan bayi tersebut.

“Ya, anda sekeluarga adalah keluarga yang sukakan cabaran namun perbuatan ini tidak okay. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Tak bagus dibuat hanya kerana untuk tanda suka,” tulis seorang warganet.

Yang lain menambah: “Dia tampak takut dan tidak pasti.”

Pun begitu, terdapat juga warganet yang mempertahankan keluarga terbabit.

“Pembenci tidak dapat kaitkan dengan keluarga mereka…anak mereka mungkin sedang bermain permainan video sepanjang hari,” tulis seorang warganet.

“Ini bukan penderaan kanak-kanak. Orang ramai perlu berhenti memanjakan anak mereka sangat, bayi ini berusia 6 bulan dan sedang menjalani kehidupannya sebaiknya,” ulas seorang warganet.

Ibu bapa bayi berkenaan telah membuat akaun Instagram untuk menyimpan kenangan pengembaraan mereka bersama – walaupun tidak mungkin bayi tersebut dapat ingat semua pengembaraan mereka itu ketika dia sudah besar nanti.

Setakat ini, akaun sosial medianya memaparkan bayi tersebut sedang menunggang penyu, berjumpa dengan kuda, menyambut hari kemerdekaan di sebuah bot dan menjelajah negeri di Amerika.

Pada gambar mereka semua bersama, ibunya menulis: “Kamu adalah definisi kesempurnaan saya. Menjelajah Montana dengan kawan baik saya.”

Ibu bapanya menyatakan bahawa anak mereka itu sangat suka dengan sukan ini dan sangat bagus untuk bayi yang seusianya. Dia telah berlatih untuk bermain ski air, bersama dengan ibu bapanya yang melatihnya di ruang rehat.

Ibu bapanya memaklumkan kepada 7 News: “Dia sudah boleh berdiri dengan sendirinya ketika dia berusia 3 bulan dan mampu untuk memanjat perabot dengan sendirinya tidak lama kemudian.”

“Kami berusaha keras untuk membetulkan postur badannya ketika dia merangkak dan berdiri supaya dia kekal sihat berdasarkan saranan dari pakar pediatriknya.”

Mereka menambah bahawa banyak persiapan dan langkah keselamatan yang diutamakan semasa bayi mereka itu sedang berseronok dan mereka “tidak akan sesekali meletakkan anak mereka itu dalam keadaan yang merbahaya”.

Rekod dunia untuk peluncur ski air termuda dipegang oleh bayi Florida Zyla St. Onge, yang memegangnya dari tahun 2016 semasa dia baru lagi berusia 6 bulan dan 27 hari.

Sumber: Mirror

The post Rakaman Bayi 6 Bulan Main Ski Air Jadi Tumpuan, Warganet Dakwa Ibu Bapa Bahayakan Keselamatan Anak appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.