Ads Top

Ini Nasihat Buat Anda Yang Ingin Melangsungkan Perkahwinan

Pada usia berapa anda mendengar berita kawan-kawan yang sebaya anda sudah mula melangkah ke alam rumah tangga?

Mungkin usia yang paling muda adalah ketika 18 tahun. Saya masih ingat, salah seorang dari kawan saya telah berkahwin selepas tamatnya alam persekolahan.

Waktu itu, ramai yang mencemburui beliau kerana telah menemui pasangan pada usia yang muda.

Kita sedia maklum bahawa perkahwinan mampu memberikan seribu satu manfaat dan kelebihan terutamanya jika ia adalah yang boleh mendekatan diri kepada Allah.

Setiap kali mendapat khabar ada dalam kalangan rakan yang sudah melangkah ke alam perkahwinan, pasti ada juga dalam kalangan kita yang akan mengungkapkan perasaan beruntungnya buat mereka yang telah melaksanakan tuntutan agama itu dan ada juga yang tidak sabar untuk melaksanakan perkahwinan.

Sedangkan, alam perkahwinan merupakan sebuah alam yang penuh dengan liku suka dan duka.

Jangan Berkahwin Kerana Mengikut Trend

Tiada laut yang tidak bergelora dan tiada hari yang tidak ditimpa hujan. Keputusan untuk melangsungkan perkahwinan bukanlah boleh diambil secara suka-suka atau terikut-ikut dengan pengaruh sekeliling.

Jangan berkahwin kerana anda melihat rakan sebaya anda berkahwin. Jangan berkahwin hanya apabila anda teruja dengan kebahagiaan sesebuah perkahwinan.

Namun, berkahwinlah apabila anda meletakkan niat untuk menjaga kehormatan diri dan menjadikan diri lebih bertakwa kepada Allah.

Tanya pada hati anda; mengapa anda ingin berkahwin? Adakah kerana mengikut trend atau kerana Allah.

Yang dimaksudkan kerana Allah adalah apabila anda ingin perkahwinan itu diberkati dengan menjadikannya sebagai salah satu asbab untuk mendekati tuhan.

Maksud: “Apabila seseorang hamba itu berkahwin, maka sesugguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agaanya, oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.” (Hadis Riwayat Baihaqi, no. 5486)

Kesimpulan

Islam menggalakkan umatnya untuk melangsungkan perkahwinan kerana ia adalah salah satu sunnah Baginda SAW dan dengan berkahwin, zuriat dan generasi dapat disambung.

Namun, sebelum membuat keputusan untuk melayari bahtera perkahwinan, perbaiki niat anda agar alam rumah tangga itu dapat dilalui dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Rujukan:
Mufti Wilayah persekutuan

The post Ini Nasihat Buat Anda Yang Ingin Melangsungkan Perkahwinan first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.