Ads Top

Hidup Senang Bergelar Jutawan Muzik, Hafiz Hamidun Tak Lupa Asal-Usul

Walaupun sudah berjaya meraih pendapatan yang cukup lumayan sehingga bergelar jutawan sepanjang berkecimpung dalam bidang seni, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun tetap sentiasa beringat dalam menjalani kehidupannya.

Menurut Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun, 36, dia masih perlu bekerja keras untuk memastikan syarikatnya, Arteffects sentiasa berkembang maju di masa hadapan.

“Saya tidak nafikan (bila dikatakan sudah bergelar jutawan), maksudnya bukan nak bangga diri. Saya rendah diri, saya masih bekerja.

“Kalau orang kata jutawan yang tak perlu bekerja, saya pun syok kalau dapat jadi macam tu.

“Tapi saya masih bekerja tiap-tiap hari sebab saya ada tanggungjawab untuk bayar gaji pekerja, bayar zakat dan cukai.

“Saya bukan buat muzik semata-mata, saya juga ada buat pelaburan selain beli property. Setiap perniagaan ni bukan selalu baik, pasti ada masa-masa kita jatuh naik juga.

“Macam saya sendiri dah set matlamat dalam empat tahun lagi ketika umur saya dah 40 tahun, baharu saya fikir nak slow down, sebab makin lama (meningkat usia) makin kita boleh relax,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Hafiz ditemui pada majlis pelancaran lagu ciptaannya, Sabda Kekasih nyanyian Daqmie yang berlangsung di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya semalam.

Sebelum mengecapi kejayaan yang diraihnya sekarang, Hafiz berkata dia juga pernah melalui zaman kegelapan bila mana tidak mampu untuk membeli makanan serta membayar wang ansuran kereta sehingga menyebabkan kenderaannya itu ditarik pihak bank.

“Saya dah pernah rasa susah ketika zaman awal-awal saya masuk industri hiburan, cuma ada RM1 sahaja dalam poket, nak makan pun tak cukup duit.

“Yang boleh saya beli pun hanyalah sebungkus mee segera. Kereta yang saya beli pun kena tarik sebab saya tak ada duit nak bayar.

At least saya dah merasa hidup susah (sebelum berjaya).

“Yang penting bagi saya dalam hidup ni, kita kena rajin berusaha. Kalau nak berjaya dalam hidup, kita tak boleh malas. Bila ada rasa malas dalam diri, itu yang buat kita akan cepat putus asa,” ujarnya lagi.

Hafiz memulakan langkahnya dalam bidang seni sebagai ahli kumpulan nasyid, UNIC pada tahun 2003 sebelum menarik diri daripada kumpulan itu pada 2007 untuk meneruskan karier solonya. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.