Ads Top

Elakkan Berdiri Lama Di Depan Kod QR – Mudahkan Urusan Orang Lalu Lalang

Pada saat wabak Covid-19 masih menular, melihat orang berjalan tanpa memakai pelitup muka sudah menjadi perkara yang pelik sekarang, bahkan ia sudah menjadi kesalahan undang-undang. Orang yang tidak memakainya tidak akan dibenarkan menaiki pengangkutan awam.

Selain itu, kita juga perlu mengimbas kod MySejahtera setiap kali ingin menaiki pengangkutan awam atau memasuki premis-premis. Ia perlu dilakukan bagi memudahkan pihak kerajaan mengawasi pergerakan orang ramai bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Namun antara isu yang timbul dan menimbulkan sedikit ketidakselesaan adalah apabila sesetengah orang mengambil masa terlalu lama berdiri di hadapan paparan Kod QR yang ditampal sehingga mengganggu perjalanan orang lain.

Biasanya mungkin kerana terlalu lambat membuka aplikasi di telefon pintar untuk mengimbasnya atau aplikasi mengalami lengah masa (lagged). Tidak dinafikan, meskipun kecil, hal ini boleh menimbulkan rasa tidak senang terutama bagi orang yang ingin bersegera ke destinasi mereka.

Sesungguhnya Islam sangat menggesa agar penganutnya sentiasa memelihara keharmonian dan tidak mengganggu orang lain. Bukankah kita sentiasa diingatkan tentang menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia, ‘hablum minallah wa hablum minannas‘?

“Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar…” (Surah Al-‘Araf 7:33)

Justeru, bagi anda yang perlu mengimbas Kod QR di mana-mana, elakkan daripada berdiri terlalu lama di situ. Bukalah aplikasi lebih awal untuk mengimbas kod dan jika berlaku kegagalan aplikasi, berganjaklah ke tepi dan minta maaf kepada orang di belakang kerana kelambatan anda. Hal ini mungkin nampak kecil tetapi akan memudahkan urusan orang ramai.

The post Elakkan Berdiri Lama Di Depan Kod QR - Mudahkan Urusan Orang Lalu Lalang first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.