Ads Top

Dapat Sambutan Hangat, 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Menemui Penonton Tahun Hadapan

Drama Akasia: 7 Hari Mencintaiku 2 telahpun menamatkan sirinya setelah bersiaran selama 33 episod bermula 2 Julai hingga 17 Ogos lalu. 

Kisah percintaan Mia Adriana dan Khuzairi semakin menjadi-jadi, sehingga berjaya menyatukan 12 Juta penonton sepanjang 33 episod menurut sumber Nielsen 2020, manakala episod akhir drama karya novelis Siti Rosmizah ini juga berjaya meraih 5 Juta tontonan di TV3. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan para penonton dari 7 Hari Mencintaiku pertama sehingga sekarang dan mengambil sokongan ini sebagai satu permintaan daripada peminat.

“Kami amat bertuah dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Puan Siti Rosmizah dan karya beliau yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Garapan mantap penulis Puan Siti Rosmizah membuatkan penonton tidak senang duduk, apatah lagi dengan “plot twist” di luar jangkaan. 

“Sukacita ingin kami maklumkan, pihak TV3 akan menandatangani usahasama bersama SR One Sdn Bhd selama dua tahun, di mana pihak TV3 mendapat hak eksklusif adaptasi novel-novel Siti Rosmizah dan juga beberapa novel terbitan di bawah SR One Sdn Bhd. Semestinya peminat novel Siti Rozmizah amat teruja dengan berita ini apabila novel-novel kegemararan mereka bakal diapatasi di TV3,” jelas beliau.

Sementara itu, Puan Siti Rosmizah menyatakan, kejayaan dua karyanya sudah dijangka kerana melihat pada jualan novel berkenaan yang begitu laris dan secara dasarnya peminat-peminat novelnya itu telah pun sedia ada. 

“Saya berterima kasih pada pihak TV3 yang memberi kepercayaan pada syarikat produksi saya SR One Sdn Bhd untuk menerbitkan drama ini. Saya juga bersyukur atas sokongan para penonton dan peminat novel kerana kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa mereka. 

“InsyaAllah, atas permintaan ramai peminat-peminat drama ini, d7 Hari Mencintaiku 3 bakal menyusul tahun hadapan. Mudah-mudahan saya terus sihat untuk terus berkarya. 7 Hari Mencintaiku 3 adalah hadiah teristimewa dari saya dan pihak TV3 buat anda semua,” ujarnya.

Sepanjang disiarkan sebanyak dua musim, drama berkenaan juga didapati tular di media sosial setiap kali ia bersiaran. Terutamanya mengenai watak kebaikan Khuzairi (Shukri Yahya) sebagai seorang suami, dan kebencian netizen terhadap watak Nurul Ain (Wafariena Roslan) dan Mak Leha (Liza Abdullah). 

7 Hari Mencintaiku 2 ini turut dibintangi oleh Siti Saleha, Wan Sharmila, Jaja Ilyes, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly, Bil Azali, Jasmin Hamid dan Kazar Saisi.

Sekali lagi dapatkah rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana berkekalan kali ini dengan dua cahaya mata mereka? Adakah Mak Leha benar-benar dapat menerima Mia Adriana sebagai keluarganya, sepenuh hati? Jawapan persoalan-persoalan tersebut terpulang kepada penonton 7 Hari Mencintaiku 2 dan karyawan Puan Siti Rosmizah. – KopiPlanet.com

The post Dapat Sambutan Hangat, 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Menemui Penonton Tahun Hadapan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.