Ads Top

#1 – Pelan Efisien 100 Hari Membentuk Diri Yang Baru

Apa khabar azam anda?

Setiap kali tibanya tahun baru, pasti anda akan meletakkan azam dan matlamat yang baru, bukan?

Atau paling kurang pun, azam-azam yang lama dan masih belum tercapai pasti akan diperbaharui.

Jadi, bagaimana azam tersebut? Sudah berapa peratus pencapaiannya dan adakah momentum serta semangat anda untuk meraihnya masih ada?

Dalam sedar tak sedar, masa sudah pun berlalu dan kita hanya tinggal 100 hari sahaja lagi untuk menempuh tahun baru.

Jangan risau. Masih belum terlambat kerana dalam masa yang berbaki ini, banyak perkara yang boleh dilakukan.

Dan Tzkrh akan membawakan kepada anda pelan yang cukup efisien bagi membantu membentuk diri yang baru menjelang 2021 serta kekal bersemangat mencapai matlamat tersebut melalui Pelan Efisien 100 Hari (PE1H)

PE1H ini akan merangkumi perkongsian artikel dan video pendekdaripada pelbagai kategori seperti inspirasi, gaya hidup, ibadah, keluarga, kesihatan dan tokoh yang sesuai untuk teladan dan motivasi bersama.

Buat anda yang pernah meletakkan azam untuk membuat kebaikan setiap hari, azam untuk puasa sunat setiap Isnin dan Khamis, azam untuk mengawal nafsu makan, azam untuk menjaga kesihatan atau apa jua yang telah diniatkan, jangan lupa nantikan satu hari satu plan melalui PE1H.

Kerana tiada istilah terlambat untuk melaksanakan sesuatu.

#PelanEfisien100Hari

The post #1 - Pelan Efisien 100 Hari Membentuk Diri Yang Baru first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.