“Ada Yang Sampai Mahu Saya Minta Maaf Kerana Mempermainkan Lala” – Syazwan Zulkifly
Tidak dinafikan nama pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila semakin menjadi sebutan sejak digandingkan bersama sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku musim pertama dan kedua.
Meskipun drama berkenaan sudah habis ditayangkan, melihat kepada tindakan Syazwan yang selalu mengusik Wan Sharmila terutama di media sosial lantas menarik perhatian peminat sehingga ada yang beranggapan dia cuba memikat pelakon wanita berkenaan.
Namun begitu, Syazwan menjelaskan dia tidak kisah sekiranya ada orang yang suka dengan gandingannya dengan Wan Sharmila.
Bagaimanapun, dia juga turut meluahkan rasa kurang selesa apabila mereka dikatakan sedang bercinta kerana ia melibatkan hal peribadi.
“Memang tak selesa apabila perkara sebegini membuatkan ia lebih tertumpu kepada hal peribadi sehinggakan dengan siapa saya berkawan pun dah jadi isu.
“Saya tak ada masalah orang suka gandingan saya dengan Lala (Wan Sharmila), tetapi bila sampai ada yang cuba korek hal peribadi dan mahu saya minta maaf kerana mempermainkan Lala. Apa yang saya mempermainkan Lala.
Menurutnya, selama ini pun dia dan Wan Sharmila juga sudah membuat kenyataan bahawa hubungan mereka hanya sekadar sebagai kawan sahaja.
“Kalau ada yang mendoakan tu, bagi saya itu semua kerja Tuhan. Kalau doa yang baik itu tak semestinya saya berkahwin dengan Lala.
“Doa yang baik itu mungkin saya dengan orang lain, Lala pula dengan orang yang lebih baik. Jadi, doa yang baik itu saya aminkan sahaja,” jelasnya.
> Baca: Dapat Sambutan Hangat, 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Menemui Penonton Tahun Hadapan
Sementera itu, Wan Sharmila pula menyatakan dia tidak boleh berkata terlalu rimas terhadap situasi yang dilalui kerana menyedari ia adalah asam garam dalam dunia artis.
Jelasnya, dia enggan tersilap kata dalam membuat sebarang kenyataan dan hanya enjoy dengan setiap komen-komen yang diberikan oleh peminat.
“Mungkin ada kata-kata yang buat saya terusik, namun saya terimanya dengan positif dan yang penting saya tahu sapa diri saya.
“Lagipun tak boleh nak salahkan orang luar kerana mereka sendiri tidak tahu keadaan yang sebenar,” jelasnya. – KopiPlanet.com
The post “Ada Yang Sampai Mahu Saya Minta Maaf Kerana Mempermainkan Lala” – Syazwan Zulkifly appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: