#8 – Untuk Sentiasa Jadi Manusia Baru, Tampal Kata-Kata Inspirasi Sebagai Motivasi
Pelan Efisien 100 Hari
Pernah tak, kadang-kadang pelan tindakan untuk memulakan azam itu sudah ada dan sudah pun bermula, namun ada masanya kita akan terbabas di tengah jalan.
Ada dirundung rasa malas atau dilanda penyakit suka bertangguh dan kadang-kadang putus asa sebab bukan mudah untuk menempa kejayaan itu.
Jangan risau kerana perkara-perkara ini sebenarnya boleh diatasi. Sentiasa percaya bahawa setiap masalah dan perkara yang berlaku pasti ada ubatnya.
Dan salah satu ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini ialah dengan menampal kata-kata motivasi untuk dijadikan sebagai peringatan buat diri sendiri.
Apabila ada kata-kata yang memberi inspirasi buat anda, pasti sedikit sebanyak ia boleh mengingatkan semula minda anda tentang setiap langkah yang anda ambil.
Mengapa aku memutuskan azam sedemikian? Aku sudah berada sehingga tahap ini, sia-sia jika mengambil keputusan untuk berputus asa dan sebagainya.
Ia boleh ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat seperti meja belajar anda atau boleh juga dijadikan sebagai gambar latar telefon dan laptop anda.
Jika anda menginginkan kata-kata motivasi dari tokoh-tokoh hebat, boleh juga diambilnya sebagai inspirasi. Antaranya ialah;
#1 – Soichiro Honda
Ada pepatah Jepun yang mengatakan – “Angkat layar dengan tangan anda yang paling kuat.”
Ertinya, peluang yang muncul dalam kehidupan anda harus dikejar dengan kemampuan anda yang paling tinggi.
#2 – Robert H. Goddart
Tetapkan tujuan tentang diri anda dan capailah ia. Hidup dengan sihat dan hitung setiap waktu yang dimiliki. Bangkitlah untuk mengatasi rintangan dan fokus pada yang positif.
#3 – Harry S. Truman
Kerja dengan bersungguh-sungguh. Lakukan yang terbaik. Ingat untuk tidak sombong dan percaya kepada tuhan. Jangan takut dan jangan pernah lupakan teman.
#4 – Jerry Sienfield
Balas dendam yang terbaik adalah dengan menjalani hidup yang baik.
#5 – Napoleon Hill
Jangan menunggu kerana tidak akan pernah ada waktu yang tepat. Mula sekarang dan bekerja dengan apa jua alat yang anda miliki. Peralatan yang lebih baik akan ditemui ketika anda melangkah.
#6 – Jeffrey Gitomer
Rintangan tidak boleh menghentikan anda. Masalah juga tidak boleh menghentikan anda. Orang lain tidak boleh menghentikan anda. Hanya anda sendiri yang boleh menghentikan anda.
#7 – Mario Cuomo
Ada dua peraturan untuk menjadi sukses. Pertama, tahu apa yang anda ingin lakukan dan kedua, lakukan hal tersebut.
#8 – Johann Wolfgang Van Goethe
Tahu sahaja tidak cukup, ia perlu diterapkan. Keinginan saja tidak cukup, kita harus melakukannya.
#9 – J.M. Power
Jika anda ingin membuat mimpi menjadi kenyataan, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah bangkit.
#10 – Zig Ziglar
Anda tidak harus hebat untuk memulakan sesuatu tetapi anda harus memulakan untuk menjadi hebat.
#11 – Pablo Picasso
Tindakan adalah kunci utama untuk setiap kejayaan.
#12 – Anthony Robbins
Fokus pada tempat yang ingin anda tuju dan bukan pada apa yang anda takuti.
#13 – Muhammad Ali
Aku tidak suka pada setiap minit latihan, namun aku berkata: “Jangan menyerah. Menderitalah dulu dan jalani hidup anda sebagai seorang juara.”
#14 – Dale Carnige
Ingatlah bahawa kebahagiaan itu tidak bergantung pada siapa anda atau apa yang anda miliki, tetapi ia bergantung kepada apa yang anda fikirkan.
#15 – Christopher Robin
Ingatlah bahawa anda lebih berani dari apa yang anda yakini, lebih kuat dari apa yang anda lihat dan lebih cerdas dari apa yang anda fikirkan.
Yang paling penting sentiasa ingat bahawa motivasi sebenar datang dari dalam diri anda dan pastikan suatu hari nanti anda juga boleh menginspirasikan diri sendiri serta orang lain juga.
#Menuju2021
#PelanEfisien100Hari
#PE1H
The post #8 - Untuk Sentiasa Jadi Manusia Baru, Tampal Kata-Kata Inspirasi Sebagai Motivasi first appeared on Tazkirah.
No comments: