#5- 5 Perkara Ini Penting Untuk Kesihatan Fizikal, Mental Dan Emosi
Pelan Efisien 100 Hari
Tidak dinafikan gaya hidup kini sangat mencabar untuk mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan emosi kita.
Lihat sahaja ramai yang cepat melenting dan mudah bergaduh di media sosial. Keadaan ekonomi yang tidak stabil serta keperluan hidup yang semakin meningkat, gaya hidup yang tidak sihat – semuanya dapat memberi kesan kepada emosi dan tekanan kepada badan. Malah hari demi hari, laporan kes pesakit mental semakin membimbangkan.
Namun, kita tidak boleh menyerah kepada keadaan. Kesihatan fizikal, mental dan emosi tetap perlu dijaga. Ia bermula daripada kesedaran diri kita sendiri.
Melalui Pelan Efisien 100 Hari ini, kami di Tzkrh akan menyedikan tips dan perkongsian kepada anda bagi membantu anda memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
#1- Lakukan Senaman Setiap Minggu
Kesihatan badan dan mental saling berkait. Untuk mendapatkan minda yang sihat, anda juga perlu mengeluarkan peluh dengan bersenam. Anda boleh memilih apa jua jenis senaman yang anda suka seperti berjoging, zumba atau semudah melakukan senaman ringan di rumah atau bilik anda sendiri.
#2- Makan Makanan Yang Sihat
Apa yang kita makan setiap hari akan memberi impak kepada keadaan badan. Pastikan anda mengambil makanan yang sihat dan seimbang setiap hari. Elakkan makan makanan segera serta makanan manis secara berlebihan.
Dalam keadaan stres, kita akan cenderung untuk mencari makanan yang manis sebagai ‘comfort food’. Perhatikan rutin dan pola pemakanan anda serta mulakan usaha mengawalnya.
#3- Periksa Keadaan Minda Kita Setiap Hari
Sebagaimana kita memastikan badan kita terjaga dengan mendapatkan makan dan minum, minda juga perlu dijaga dengan membuat pemeriksaan setiap hari. Ramai yang tidak sedar apa yang sedang dialami oleh minda mereka.
Jadi, anda boleh bermula dengan bertanya kepada diri sendiri soalan seperti ini; Adakah hari ini diri anda diselubungi stres yang melampau? Apakah puncanya? Adakah minda kita masih mampu mengurus tekanan tersebut?
#4- Bercakap Tentang Apa Yang Mengganggu Fikiran
Berkongsilah dengan orang yang anda percayai tentang apa yang mengganggu fikiran anda. Bercakap memang tidak dapat menyelesaikan masalah namun sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan tekanan dan membuat fikiran jadi jernih semula. Kita dapat berfikir lebih jelas.
Ramai yang suka memendam masalah dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang di sekeliling namun percayalah ramai yang sudi mendengar dan membantu.
#5- Menjadikan Ibadah Harian Sebagai Kaedah Untuk Bertenang
Sebagai seorang Islam, kita percaya bahawa dengan melakukan ibadah dan mengingati Allah maka hati akan jadi lebih tenang. Justeru, berusahalah untuk solat pada awal waktu dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa pada waktu pagi untuk berzikir sebelum memulakan hari baru.
Kesimpulan
Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik secara keseluruhan, kita perlu menfokuskan kepada keperluan fizikal, mental dan emosi. Ketiga-tiga hal ini perlu diseimbangkan. Diharapkan dengan 4 tips di atas, ia dapat membantu para pembaca semua untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
The post #5- 5 Perkara Ini Penting Untuk Kesihatan Fizikal, Mental Dan Emosi first appeared on Tazkirah.
No comments: