Ads Top

#4 – Perlahan-Lahan Kemaskan Amalan Wajib Anda

Pelan Efisien 100 Hari

Dalam kita meletakkan niat dan azam untuk mencapai sesuatu, ada perkara yang kita tidak boleh lupa apatah lagi tinggalkannya.

Apakah ia? Jawapannya mudah, iaitu Allah. Manusia itu memerlukan sesuatu sebagai tempat pergantungan dan buat anda yang beriman kepada tuhan, tempat pergantungan yang paling besar adalah Allah.

Apa kata anda periksa setiap amalan yang anda lakukan dalam sehari. Kita mulakan dengan bagaimana amalan wajib anda.

Amalan wajib yang paling besar adalah solat. Ia adalah tiang agama dan salah satu kunci kejayaan. Saya sangat suka ingatkan diri saya dengan sebuah quote yang sering saya pegang setiap kali rasa lesu untuk beribadah;

Siapa yang membaiki solatnya, maka dia sedang membaiki hidupnya.

Sudah lupa dari siapa ungkapan itu datang, namun ayat-ayat sebeginilah yang boleh menjadi pemangkin semangat buat kita semua.

Tidak dinafikan, kadang-kadang ada masanya kita rasa lesu atau lemau dalam beribadah. Namun, itu adalah hasutan syaitan dan jika kita mengikut hasutan tersebut, maka syaitan telah berjaya.

Jadi, lawanlah ia agar kita yang sentiasa berjaya. Jaga dan sentiasa kemaskan solat anda. Apa yang dimaksudkan dengan kemaskan solat? Beberapa pengertiannya ialah;

#1 – Periksa pakaian yang dibawa ke dalam solat

#2 – Pastikan wuduk anda sah

#3 – Hayati bacaan dalam solat

#4 – Belajar dan bertanya daripada ustaz atau ustazah mengenai setiap kemusykilan yang ada mengenai solat

Apabila sudah dikemaskan yang wajib, nescaya ia akan membantu menghadirkan perasaan khusyuk dalam solat sekali gus membantu memberi kelapangan dan ketenangan dalam diri anda.

Mafhum: “Sesungguhnya, berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Surah Al-Mukminun, 23:1-2)

Jadi, mulakan hari ini. Ingat, jangan bertangguh dan sentiasa yakin dengan diri anda!

#PelanEfisien100Hari
#PE1H

The post #4 - Perlahan-Lahan Kemaskan Amalan Wajib Anda first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.