4 Amalan Mudah Tetapi Besar Ganjarannya Yang Boleh Diamalkan
Pernah tak terfikir, susahnya nak buat kebaikan. Ditambah lagi apabila anda melihat keadaan diri anda yang kekurangan berbanding dengan orang lain.
“Dia punya harta, mudah sahaja nak bersedekah kepada anak yatim dengan jumlah yang banyak.”
“Dia punya ijazah dalam bidang agama, mestilah senang dia nak berdakwah kepada orang sekeliling.”
Dan bukan itu sahaja sebab banyak lagi kata-kata yang pernah terdetik bukan sahaja dalam diri anda bahkan juga orang lain dan saya rasa, itu termasuklah saya.
Namun, apabila perkataan-perkataan ini datang menerjah mindah anda, jangan pula berhenti daripada melakukan kebaikan yang anda sedang buat sekarang.
Sebab itu hanyalah mainan minda dan salah satu jarum halus yang syaitan cucuk ke dalam pemikiran anda.
Tetapi, jangan risau sebab sebenarnya senang sahaja nak meraih pahala yang besar walaupun anda merasakan bahawa amalan yang dilakukan itu kecil. Hanya perlu ingat bahawa perkara yang kecil pun boleh membawa ganjaran yang besar jika anda ikhlas dengannya.
Jadi, kali ini Tzkrh akan berkongsi kepada anda 4 amalan mudah yang boleh dilakukan namun membawa ganjaran yang besar.
#1 – Senyum
لا تَحْقِرَنَّ مِنَ المَعروفِ شيئًا، ولو أنْ تَلْقَى أخاكَ بوَجْهٍ طَلْقٍ
Maksud: “Janganlah engkau meremehkan kebaikan sedikit pun, meski hanya dengan bertemu saudaramu dalam keadaan wajah yang berseri.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2626)
#2 – Membantu Orang Melintas Jalan
Maksud: “Bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim adalah saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain.
Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2262)
#3 – Memberi Tempat Duduk Kepada Yang Lebih Memerlukan
Di dalam LRT contohnya, jika anda melihat ada yang lebih memerlukan tempat duduk anda, maka berilah kepada mereka. Contohnya kepada warga emas, ibu mengandung atau kanak-kanak.
#4 – Mengucapkan Perkataan Yang Baik
Maksud: “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seseorang mukmin selain akhlak yang baik. Sungguh Allah membenci orang yang berkata keji dan kotor.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2002)
The post 4 Amalan Mudah Tetapi Besar Ganjarannya Yang Boleh Diamalkan first appeared on Tazkirah.
No comments: