Ads Top

Emma Roberts Dedah Hamil, Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon Emma Roberts mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua menerusi kiriman gambar di laman Instagramnya, semalam.

Foto yang menerima lebih daripada 2.3 juta tanda suka (like) daripada peminatnya itu memperlihatkan Emma, 30, bergaya dengan gaun putih yang jelas kelihatan baby bump.

Emma, 29, turut mendedahkan dia dan teman lelaki, pelakon Garrett Hedlund bakal menimang anak lelaki.

“Saya bersama dua lelaki kesayangan saya,” tulisnya.

Gambarnya itu turut mendapat perhatian daripada mak saudaranya, pelakon Julia Roberts yang meninggalkan komentar ringkas berbunyi, “Sayang kamu”.

Emma sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon siri American Horror Story, Evan Peters namun hubungan itu terputus pada Oktober tahun lalu. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.