Ads Top

Bagaimana Mengatasi Kelaziman Suka Melanggar Janji

“Janji je tau, buatnya tak”

Tindakan berjanji pasti pernah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Saat keadaan menyenangkan dan tidak ada apa-apa masalah, ramai yang boleh berjanji. Namun bila hendak menunaikan, baru tahu susah senangnya. Kata orang, berjanji bulan dan bintang, namun saat perlu mengotakan, janji tinggal janji sahaja.

Dari perspektif Islam pula, orang yang tidak mengotakan janji tergolong dalam salah satu ciri orang munafik. Betapa berat kesalahan ini apabila Allah menggolongkan orang yang tidak menunaikan janji seperti orang yang tidak jujur dengan keislaman dirinya.

Namun, bagi mengatasi kelaziman suka melanggar janji ini, kita perlu terlebih dahulu memahami mengapa tidak menunaikan janji.

Fahami Mengapa Sukar Menunaikan Janji

Jika dilihat ia kadangkala menjadi habit atau kelaziman bagi sesetengah orang (atau mungkin diri sendiri). Apa alasannya?

#1- Terlalu Takut Berkata Tidak

Pertama, mungkin kerana pada awalnya, anda terlalu takut berkata tidak dan menolak permintaan orang di sekeliling. Sedangkan anda sendiri benar-benar tidak mahu atau tidak mampu melakukannya.

Namun kerana tidak mahu mengecewakan, anda tetap berjanji namun lambat laun terpaksa mengecewakan juga.

#2- Tidak Ingin Dilihat Sebagai Orang Yang Lemah Atau Penakut

Mungkin juga seseorang itu berjanji hanya kerana tidak mahu dilihat sebagai seorang penakut. Maka dia berjanji kosong sahaja, tanpa menilai kemampuan dirinya untuk melakukan hal tersebut.

#3- Tidak Menilai Kemampuan Diri Untuk Mengotakannya

Mungkin pada saat berjanji, anda tidak tahu apa yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Maka janji itu diberikan ketika anda dalam keadaan gembira, tidak ada masalah dan tidak ada halangan.

Namun, bagaimana jika telah berusaha namun tidak mahu

Berbeza antara orang yang benar-benar tidak mampu menunaikan janji dengan orang yang sengaja melanggar janji. Orang yang telah berusaha untuk memenuhi janji tetapi gagal, maka dia tidak berdosa, berlainan orang yang sengaja melanggar janjinya.

Kesan Buruk Melanggar Janji

Kedua, cara untuk mengatasi perbuatan suka melanggar janji juga adalah apabila kita menyedari kesan buruk melanggar janji.

Ketahuilah bahawa perbuatan melanggar janji akan melukakan hati penerima janji dan memudarkan rasa percaya. Kerana saat anda berjanji, dia pasti sudah mengharap bahawa janji itu ditunaikan sebaik mungkin.

Bahkan, ia juga akan memberi kesan kepada orang yang berjanji itu sendiri. Lama-kelamaan ia akan menurunkan tahap keyakinan diri sendiri kerana merasakan bahawa diri tidak mampu menunaikan janji.

Jika anda tetap tidak mampu melakukannya, maka minta maaf kepada orang tersebur. Jujur dan berterus teranglah tentang sebab anda tidak dapat melakukannya.

Kesimpulan

Orang yang suka melanggar janji selama ini mungkin tidak sedar punca dan kesan kepada tindakan mereka. Justeru, dengan mengetahui sebab dan kesan yang telah dikongsikan ini, maka ia dapat membantu seseorang untuk mengelakkannya pada masa hadapan.

Anda boleh pause atau berhenti sebentar sebelum menuturkan janji. Fikirkan jika anda mampu mengotakannya atau tidak. Jika sudah berjanji, maka usahalah dengan bersungguh-sungguh untuk menunaikannya.




No comments:

Powered by Blogger.