Ads Top

Uyaina Arshad Pilih Lelaki Malaysia, Kini Dalam Proses Mengenali

Sebelum ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad antara artis tempatan yang mencipta nama di Indonesia dan namanya cukup dikenali di negara tersebut.

Selain mencipta nama di sana, Uyaina sempat juga digosipkan bercinta dengan beberapa artis seperti Ridho Rhoma dan Reza Zakarya.

Namun begitu, pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu lantas menafikan hal tersebut dan menyifatkan kedua-duanya tidak lebih sekadar teman artis.

Mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang, Uyaina memberitahu bahawa jejaka tersebut adalah dari Malaysia. Bagaimanapun, dia mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkannya lebih lanjut.

“Sekarang ini saya sedang berkenalan dan mengenali, saya tidak menutup hati saya. Cuma perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini tidak ada.

“Berkenaan dengan kisah peribadi pula, saya agar low profile. Dengan siapa saya berkenalan, memang saya tidak pernah dedahkan. Saya nak orang kenal berdasarkan prestasi kerja dulu,” ujarnya.

> Baca: Mas Khan Kini Bercinta Dengan Kakak Ipar Marion Caunter?

Uyaina berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program Ratu Hijabista terbitan Astro, di mana dia bertindak selaku pengacara.

Dalam pada itu, Uyaina menyatakan bahawa dia meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga sebelum usianya mencecah 30 tahun.

“Perancangan untuk berkahwin itu memang ada, cuma bukan pada masa sekarang ini meskipun usia saya kini sudah 28 tahun kerana mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Pada saya inilah masanya untuk saya terus kejar cita-cita dan impian. Lagipun bukan senang untuk beraad pada tahap sekarang ini, apatah lagi mencipta nama di luar negara,” jelasnya.

The post Uyaina Arshad Pilih Lelaki Malaysia, Kini Dalam Proses Mengenali appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.