(Video)Tasik Semakin Kering, ’Ghost Village’ Ditenggelami Air Sejak Tahun 1947 Mungkin Akan Muncul Semula
Sebuah perkampungan yang juga dikenali sebagai ‘ghost village’ kerana keadaannya yang beku dan tertanam di dasar tasik dilaporkan akan timbul semula.
Perkampungan Itali Fabbriche di Careggine itu dikatakan telah diasaskan oleh sekumpulan tukang besi pada abad ke-13 dan ia menjadi tempat yang terkenal dalam penghasilan besi.

Namun, pada tahun 1947, sebuah empangan hidroelektrik dibina dan penduduk dipindahkan ke bandar Vagli di Sotto yang berdekatan.
Setelah itu, perkampungan itu terus hilang untuk ‘selama-lamanya’ kerana ‘dibanjiri’ oleh air yang timbul akibat digali untuk membuat Tasik Vagli.

Bangunan batu, perkuburan, jambatan dan gereja di kampung tersebut masih lagi kekal tersusun walaupun berada di dalam air.
Sejak pembinaan empangan, tasik tersebut dikosongkan hanya empat kali untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Kali terakhir kampung itu timbul dari kedalamannya adalah pada tahun 1994 dan ribuan orang berduyun-duyun ke Fabrbrice di Carreggine untuk berjalan-jalan.
Sumber: Mirror UK
The post (Video)Tasik Semakin Kering, ’Ghost Village’ Ditenggelami Air Sejak Tahun 1947 Mungkin Akan Muncul Semula appeared first on Siakap Keli.
No comments: