Ads Top

(Video) Kereta Terbabas, Terhenti Dalam Keadaan Lawan Arus Di Jambatan Kedua Pulau Pinang

kereta lawan arus

Sebuah kereta dilaporkan terbabas dan terhenti dalam keadaan berbahaya seakan melawan arus di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Perkara ini disahkan pihak pengurusan Jambatan Kedua Pulau Pinang (JSAHMS) dalam satu balasan kepada seorang pengguna di Twitter yang memuatnaik video berkenaan.

“Untuk maklumat, kereta tersebut terlibat dengan kemalangan dan terbabas serta terhenti di lorong kanan. Kedudukan kereta tersebut seakan melawan arus,” tulis JSAHMS.

Dalam video tular di Facebook, kelihatan sebuah kereta berwarna perak bergerak perlahan dalam keadaan bertentangan dengan kenderaan lain di selekoh berhampiran susur keluar jambatan.

Insiden itu terakam pada kamera dashboard sebuah kereta di belakangnya yang sempat mengelak dari merempuh kenderaan tersebut.

Pandu lawan arus di susur keluar Jambatan Kedua.. Walau apa jua alasannya, tindakan ini sangat berbahaya dan sangat tidak boleh diterima. Apatah lagi di selekoh pula! Kredit Ifanah Luz

Posted by Nan Nazz on Tuesday, June 2, 2020

Sumber: Facebook, Twittter

The post (Video) Kereta Terbabas, Terhenti Dalam Keadaan Lawan Arus Di Jambatan Kedua Pulau Pinang appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.