Ads Top

(Video) Sekitar Suasana Solat Jumaat Yang Dilaksanakan Di Beberapa Masjid Tadi

Solat Jumaat di sesetengah negeri telah dibenarkan bermula pada hari ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap jemaah.

Bilangan jemaah juga telah dihadkan buat masa ini bagi mengelak sebarang jangkitan Covid-19. Terdapat beberapa SOP yang dipatuhi oleh jemaah yang hadir untuk mengerjakan solat Jumaat pada hari ini.

Menerusi laman Twitter, agensi berita Bernama ada berkongsikan beberapa foto yang memaparkan suasana solat Jumaat di beberapa buah masjid.

Antara suasana yang dapat dilihat adalah di Johor, Perak dan Pahang.

Masjid Negara, Kuala Lumpur juga merupakan masjid yang dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat.  Ini merupakan kali pertama solat Jumaat dibenarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan sejak 18 Mac lalu

Sumber: Bernama

The post (Video) Sekitar Suasana Solat Jumaat Yang Dilaksanakan Di Beberapa Masjid Tadi appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.