Garis Panduan Sambutan Hari Raya Yang Perlu Dipatuhi
Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan umat Islam di negara ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Kewujudan ‘Kluster Raya’ dapat dielakkan jika umat Islam mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM.
Berikut merupakan garis panduan yang telah dikeluarkan merujuk kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
#1 – Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan
#1 – Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai.
#2 – Rumah terbuka perayaan.
#3 – Bersalaman dan bersentuhan.
#4 – Ziarah kubur, tahlil dan kenduri hari raya.
#5 – Marhaban rumah ke rumah.
#6 – Berpesta
#2 – Arahan Tetap
Sebarang aktiviti tidak dibenarkan sekiranya;
#1 – Sukar mengawal jumlah kehadiran pada satu-satu masa.
#2 – Kemungkinan terdedah kepada droplets.
#3 – Sukar mengawal perilaku.
#4 – Berada dalam kawasan yang sama atau ruang rapat dan tertutup dalam masa yang panjang.
#3 – Aktiviti Dan Protokol Yang Perlu Dipatuhi
#1 – Sambutan
a. Sambutan dalam kalangan keluarga terdekat di dalam rumah yang sama.
b. Jumlah tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari tertakluk kepada keluasan ruang rumah dan elakkan 3s (Sesak, Sempit dan Sembang dekat).
#2 – Amalan Penjarakan Sosial.
a. Masing-masing hendaklah memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
b. Mengelakkan daripada 3C, iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat / tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang dekat (close conservation).
c. Elak ziarah warga emas dan individu yang berpenyakit kronik.
#3 – Amalkan Pemakaian Face Mask
#4 – Amalkan Mencuci Tangan Dan Mengguna Hand Sanitizer
a. Ahli keluarga atau individu hendaklah menyediakan sabun tangan atau hand sanitizer.
b. Memastikan semua ahli keluarga atau individu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.
#5 – Tata Kelakuan
a. Setiap individu hendaklah memastikan supaya tiada aktiviti bersalaman dan bersentuhan, serta
b. Tidak berkongsi makanan atau minuman serta bekas makanan, dan
c. Memendekkan waktu penemuan (contact).
#6 – Sanitasi
Sanitasi perlu dilakukan secara berkala terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.
#7 – Takbir Hari Raya
a. Hanya untuk unit keluarga di dalam rumah yang sama sahaja.
b. Memastikan penjarakan sosial.
#8 – Edaran Duit Raya
Pastikan tiada aktiviti bersalaman dan bersentuhan semasa proses mengedar duit raya.
#9 – Sajian
Memastikan sajian sentiasa ditutup, bersih dan tidak tercemar.
Kesimpulan
Setiap individu sama ada ahli keluarga atau tetamu perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan kegembiraan hari raya kali ini tidak bertukar kepada tragedi.
Sambutan hari raya kali ini hanya dihadkan kepada hari raya pertama sahaja dengan bilangan tidak melebihi 20 orang sehari. Anda juga hanya dibenarkan menziarahi keluarga terdekat sahaja.
Sumber:
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
No comments: