Ads Top

Garis Panduan Akad Nikah Semasa Tempoh PKPB Di Negeri Johor

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengeluarkan panduan pelaksanaan Majlis Akad Nikah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ia bagi memudahkan pasangan yang telah diberi kebenaran berkahwin untuk melaksanakan proses akad nikah dalam tempoh ini.

Antara tatacara majlis akad nikah adalah seperti berikut:

1. Majlis akad nikah hendaklah diadakan di pejabat-pejabat kadi daerah sahaja.

2. Kehadiran majlis dihadkan kepada enam orang sahaja iaitu tiga orang daripada pihak keluarga pengantin dan tiga lagi daripada pihak urusetia iaitu:
– Pengantin lelaki
– Pengantin perempuan
– Wali
– Dua orang saksi majlis akad nikah terdiri daripada anggota pekerja jabatan dan majlis sahaja
– Jurunikah

3. Mereka yang hadir mesti memakai pakaian menutup aurat, memakai pelitup mulut, disanitasi tangan dan jarak kedudukan dalam majlis akad sekurang-kurangnya 1 meter.

4. Seandainya pasangan pengantin dan wali memiliki gejala tidak sihat seperti demam, batuk dan selesema atau memiliki suhu badan melebihi 37.5, atau mempunyai kontak rapat dengan kluster yang aktif, maka majlis akad nikah tersebut perlu ditangguhkan sehingga perakuan kesihatan diperoleh daripada pihak kesihatan.

5. Pasangan pengantin dan wali hendaklah menandatangani:
– Borang Perakuan Kesihatan di kaunter saringan
– Surat Aku Janji tidak mengadakan majlis walimatul urus atau majlis resepsi dalam tempoh PKP dan PKPB sehingga ke suatu tempoh yang dibenarkan kerajaan.

6. Wali yang berada di luar negeri Johor atau berada di zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hendaklah membuat wakalah wali kepada jurunikah melalui borang persetujuan semasa Majlis Akad Nikah hendak berlangsung.

7. Hanya mas kahwin yang dibenarkan untuk dibawa semasa majlis akad nikah dan bukan hadiah atau pemberian yang lain.

8. Majlis Akad Nikah hendaklah dilangsungkan seringkas yang mungkin dalam tempoh maksima 20 minit sahaja.

9. Tiada upacara bersalam-salaman dibenarkan sama ada sebelum, semasa atau selepas majlis.

10. Pasangan pengantin dan wali hendaklah segera beredar apabila selesai majlis dan tidak dibenarkan menunggu di kawasan majlis akad nikah.

11. Tidak dibenarkan memuat naik apa jua gambar pernikahan di media sosial.

12. Kadi Daerah boleh menangguhkan Majlis Akad Nikah sekiranya mana-mana pihak didapati gagal mematuhi apa jua syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama.

Pasangan pengantin yang akan melalui upacara akad nikah dalam tempoh PKPB ini dinasihatkan supaya sentiasa mengambil cakna akan perkembangan semasa kerana garis panduan ini juga adalah tertakluk kepada arahan terkini pihak berkuasa khususnya Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Panduan penuh boleh dimuat turun di https://bit.ly/2Wu49kh

Sumber:
Laman Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Johor




No comments:

Powered by Blogger.