Ads Top

(Video) Bukan Frontliner Untuk Manusia Je, Abam Polis Dipuji Turun Longkang Selamatkan Anak Anjing

Dalam tempoh rakyat Malaysia sedang berdepan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani penularan wabak pandemik Covid-19, insan yang bernama ‘Frontliner’ sedang berjuang sehabis baik untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Bukan itu sahaja, satu kiriman video di laman Facebook membuatkan ramai yang berbangga dengan seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Ops Covid menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh di dalam longkang.

Terbaiklah sahabat. Bukan sahaja menjadi Frontliner kepada manusia, naluri seorang insan berjiwa murni.

Walaupun ianya seekor anak anjing, ia juga makhluk bernyawa ciptaan Allah. Nampak macam mana penjaga anak anjing itu berterima kasih.

Apa yang menjadi perhatian netizen, tindakan dua ekor ‘penjaga’ anak anjing tersebut seolah-olah ingin menyucapkan terima kasih kepada anggota polis ini kerana menyelamatkan anak mereka.

Bagaimanapun, niat murni anggota polis ini turut mendapat perhatian dan pujian daripada pengguna di laman media sosial.

“Saya bangga dengan lelaki muslim ini kerana membantu haiwan ini…”

“You had done a good job…”

 

 

Sumber: Ezam Ramli

The post (Video) Bukan Frontliner Untuk Manusia Je, Abam Polis Dipuji Turun Longkang Selamatkan Anak Anjing appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.