Ads Top

(Video) Alif Satar Kongsi Pesanan ‘Duduk Di Rumah’ Guna Bahasa Isyarat

Siapa yang tidak kenal dengan Alif Satar? Seorang selebriti tanah air yang hebat dan ‘multi-tasking‘, boleh menyanyi, mengacara, berlakon, bernasyid dan sebagainya.

Dalam tempoh wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesungguhnya (berduet dengan kumpulan Raihan) ini turut berbakti dengan caranya tersendiri, iaitu menyampaikan nasihat kepada peminatnya untuk duduk di rumah bagi melawan COVID-19.

Menariknya, pesanannya itu disampaikan dengan gaya bahasa isyarat yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya serta turut dikongsi semula (repost) oleh Twitter Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Mari kita saksikan apa kata Alif!

Sumber: Instagram

The post (Video) Alif Satar Kongsi Pesanan ‘Duduk Di Rumah’ Guna Bahasa Isyarat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.