Ads Top

Tidak Menjadi Kesalahan Tak Pakai Topeng Muka Jika Tidak Bergejala- Ismail Sabri

Tidak menjadi sebarang kesalahan sekiranya individu tidak memakai topeng muka, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. (Rujuk video minit 15:00)

Beliau berkata, mereka yang mempunyai gejala sahaja perlu memakai topeng muka, manakala yang tidak bergejala adalah terpulang kepada pilihan masing-masing.

”Ketua Pengarah Kesihatan hampir setiap masa mengatakan di dalam sidang media bahawa yang bergejala sahaja perlu memakai topeng muka, yang tidak bergejala adalah pilihan (optional) masing-masing.

”Jadi tidak boleh kita nak menguatkuasakan sesiapa yang tidak memakai topeng ditahan, ditangkap dan sebagainya.

”Oleh itu, bagi kita tidak menjadi kesalahan kalau tidak memakai topeng tersebut ,” jelas Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu laporan polis yang tular di mana mendakwa terdapat individu ditahan kerana tidak memakai topeng muka.

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP, Bernama TV

The post Tidak Menjadi Kesalahan Tak Pakai Topeng Muka Jika Tidak Bergejala- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.