Ads Top

SKMM Dan Polis Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Portal Berita Yang Melaporkan Berita Tidak Tepat – Ismail Sabri

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri tentang laporan harian Perintah Kawalan Pergerakan mengenai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan polis akan ambil tindakan tegas terhadap portal berita yang melaporkan berita mengelirukan dan tidak tepat.

Tegasnya, sekiranya portal berita itu mengeluarkan berita atau memuatnaik foto yang mencemaskan rakyat akan dikenakan tindakan tegas oleh SKMM dan pihak berkuasa polis. (Rujuk minit video 11:17)

Banyak kita baca berita-berita terutama dalam portal media dalam talian yang menyebarkan berita yang tidak sahih terutama yang melibatkan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan. Pihak kerajaan memang serius terhadap mereka kerana ia mampu menyebarkan berita tidak sahih, tidak tepat mampu mengelirukan rakyat. 

Dan mungkin akan menimbulkan keresahan rakyat. Jadi kerajaan memutuskan bahawa pihak SKMM dan polis mengambil tindakan tegas melaporkan berita yang tidak tepat. Saya mohon untuk portal sampaikan berita yang sahih dan beretika.

 

Sumber: Bernama

The post SKMM Dan Polis Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Portal Berita Yang Melaporkan Berita Tidak Tepat – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.