Ads Top

Lelaki Dipercayai Tergamak ‘Junam’ Anjing Berulang Kali Dalam Terusan

Satu rakaman menunjukkan seekor anjing dipercayai telah dianiayai oleh seorang individu dengan berulang kali dicampak ke dalam terusan.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Southall, West London itu memperlihatkan seorang lelaki ‘mengerah’ haiwan peliharaannya masuk ke dalam air terusan tersebut.

Pada permulaan klip yang dimuatnaik di dalam Instagram itu, lelaki tersebut dilihat merentap tali pemegang pada anjing dan mencampakkan haiwan itu dengan kuat dan kasar.

Dia dilihat melutut untuk memastikan anjing tersebut berada di dalam air sebelum menarik haiwan tersebut keluar dengan ganas. Dia mengulangi perbuatan tersebut sebanyak lima kali.

Bagi kali terakhir, dia meletakkan anjing tersebut di dalam air untuk beberapa saat. Tindakan itu dilihat sangat kejam dengan membuatkan anjing itu bergelut untuk hidup.

Tidak lama selepas itu, dia dilihat beredar dari terusan itu bersama anjingnya dan individu yang merakam video ini juga dilaporkan telah menghubungi polis.

Sumber: The sun

The post Lelaki Dipercayai Tergamak ‘Junam’ Anjing Berulang Kali Dalam Terusan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.