Keputusan Pembatalan Ujian Penilaian Kelas KAFA Untuk Menjamin Keselamatan Murid
Terkini, Perutusan Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah memutuskan bahawa Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2020 adalah dibatalkan.
Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa pembukaan sesi persekolahan KAFA di seluruh negara adalah tertakluk kepada Kementerian Pelajaran Negara.
Perlaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek bertulis adalah dibatalkan di seluruh negara. Ujian yang sepatutnya dijalankan pada 28 September sehingga 1 Oktober 2020 dibatalkan bagi mengambil kira kesihatan para pelajar.
JAKIM akan menetapkan sebuah kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.
Hal ini ekoran daripada pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan beberapa sektor termasuklah sesi persekolahan yang masih lagi ditutup.
Keputusan yang diambil adalah berdasarkan perkembangan semasa serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sebelum ini, YB Menteri Kanan Pendidikan telah memutuskan bahawa peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan, manakala SPM, SVM, STPM dan STAM pula akan ditunda sehingga tahun 2021.
No comments: