Ads Top

Inilah Taman Perumahan “Rare” Di Malaysia, Pemajunya Tawar Sesuatu Yang ‘Berani’, Landskap Kat Sini Memang Wow Habis

Bayangkan korang tinggal kat bandar dan dikelilingi landskap yang menghijau, menarik kan? Itulah yang menjadikan Taman Perumahan ini nampak ‘rare’ berbanding yang lain.

Gambar: EcoWorld

Pernah dengar EcoWorld? Taman Perumahan dikelilingi kehijauan yang memukau. Kalau korang nak tahu, salah satu projeknya iaitu Eco Grandeur, telah membuka fasa baharu berkonsep Rumah Dalam Taman dikenali sebagai Norton Garden.

Seni bina rumah kat sini memang “Wow” habis

Sebijik macam kat luar negara. Temanya “Modern Victorian”, bila korang ronda-ronda dekat kawasan perumahan sedia ada di Eco Grandeur ni pasti perkataan “Wow” akan keluar daripada mulut anda.

Lagi best kalau korang jadi owner dekat Eco Grandeur ni, korang dapat full access semua kawasan rekreasi yang Eco Grandeur sediakan. Baik dalam kawasan perumahan atau di luar kawasan perumahan.

Gambar: EcoWorld

Kalau nak keluar ambil angin petang tapi tak tahu nak pergi mana, bawa je family korang ke Taman Rekreasi Eco Grandeur. Sebab apa? Korang akan terpegun bila berada di “Dragonfly Park” dan “Bridge of Dreams”, dapat lihat matahari terbenam. Feeling-feeling dekat luar negara sangat.

Apa lagi yang best bila jadi pemilik di sini? Sampai je rumah, tak nak keluar dah. Sebab apa? Tenang.

Aura tinggal kat sini memang best sangat-sangat. Lari dari bunyi bingit dan annoying di tengah kota. Kalau balik kerja awal atau hari cuti, boleh beriadah dalam kawasan perumahan je.

Ni kami payung sikit gambar untuk korang fefeeling dulu. Lepastu bolehlah datang ke Eco Grandeur ni. Serius tak tipu. Mesti jatuh hati.

Gambar: EcoWorld

Fasa baharu dengan sesuatu yang baharu

Okay, balik ke Norton Garden.

Kat Norton Garden, Eco Grandeur offer rumah jenis Banglo, Semi-D dan Garden Home. Apa yang memberi kelainan dengan Fasa sedia ada (Graham Garden & Avenham Garden), Norton Garden satu-satunya fasa perumahan yang ada Club House eksklusif untuk pemilik rumahnya.

Ini yang kami maksudkan sesuatu yang ‘berani’ ditawarkan oleh Ecoworld.

Indahkan kehidupan korang kalau jadi pemilik rumah Norton Garden ini? Semua fasiliti yang ada dekat sini boleh buat hubungan korang dengan family dan jiran-jiran bertambah ‘kamceng’ tau.

Gambar: EcoWorld

So, apa je yang ada kat Club House ni? Memang meleleh air liur kalau korang check satu-satu kemudahan yang ada.

Macam-macam. Cukup berbaloi dengan apa yang korang bayar. Bila kira-kira, korang cuma bayar RM 11.29 je sehari untuk benefits kat bawah.

  1. Entertainment Lounge
  2. Gymnasium
  3. Kolam renang 25m
  4. Wading Pool
  5. Surau
  6. Padang futsal dan bola keranjang
  7. Pit BBQ
  8. Cabana Seating

Wow, 8 fasiliti dalam Club House tu. Macam mat saleh cakap, ‘worth every penny’. Korang, anak muda pasti tak akan menyesal kalau buat pelaburan hartanah dan beli kediamanan idaman dekat Eco Grandeur ni.

Cer belek balik foto-foto yang kami kongsi kat atas, kena sangat dengan tag ‘Rumahku Syurgaku’.

Gambar: EcoWorld

Tak cukup dengan foto, kami belanja korang dengan video kawasan di Eco Grandeur dan juga Norton Garden.

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Jom cepat-cepat ke Eco Grandeur untuk feel sendiri kediaman idaman yang bakal menjadi milik korang satu hari nanti. Insyaallah. Berangan tak salah juga kan?

War-war kan juga kat mana-mana keluarga, rakan-rakan korang yang tengah cari rumah tau. Daftar sekarang disini dan korang boleh menikmati Early Bird Rebate yang sangat-sangat berbaloi.

Lawati laman web dan facebook EcoWorld untuk maklumat lanjut. Korang boleh buat temujanji bersama wakil jualan Eco Grandeur juga.

The post Inilah Taman Perumahan “Rare” Di Malaysia, Pemajunya Tawar Sesuatu Yang ‘Berani’, Landskap Kat Sini Memang Wow Habis appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.