Ads Top

Guna Seluar Dalam Ganti Topeng Muka, Doktor Kulit Beri Pesanan

Ketika ini, topeng muka sememangnya menjadi antara barangan yang sangat diperlukan sebagai langkah untuk menghindarkan diri daripada dijangkiti wabak virus Covid-19.

Memandangkan permintaannya yang amat tinggi menjadikan bekalannya sering tidak mencukupi, malah ada segelintir pihak yang menjualnya dengan harga yang agak tinggi.

Bagaimanapun, dalam satu laporan yang dipetik daripada portal Detikcom, terdapat seorang pemandu di Indonesia yang telah menggunakan seluar dalam sebagai topeng muka sehingga menjadi viral di sana.

Menurut seorang doktor pakar kulit yang dikenali sebagai Gusti Nyoman Darmaputra, penggunaan seluar dalam ternyata tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada kulit muka si pemakainya.

“Menggunakan seluar dalam sebagai topeng muka tidak akan menimbulkan masalah kulit muka, tetapi syaratnya seluar dalam tersebut haruslah dicuci dengan sebersih-bersihnya dengan sabun pencuci.

“Namun begitu, menggunakan seluar dalam sebagai pengganti topeng muka sememangnya tidak efektif dalam mencegah penularan Covid-19 kerana pori-pori kain lebih longgar sehingga kurang menyaring virus,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Guna Seluar Dalam Ganti Topeng Muka, Doktor Kulit Beri Pesanan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.