Ads Top

“Covid-19 Tak Kenal Dari ‘Kayangan’ Atau Dari Bumi” – Ismail Sabri Beri Teguran

Rakyat diminta untuk mempunyai kesedaran sendiri kerana wabak Covid-19 tidak mengenal individu dan kedudukan, menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. (Rujuk minit video 13:47)

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kluster baharu yang dikatakan tidak menghormati tugas doktor dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti yang tular baru-baru ini.

”Saya harap ini kesedaran sendiri kerana Covid-19 tidak kenal dari kayangan ataupun daripada bumi. Mereka tidak kenal siapa dan tiada siapa yang dibezakan oleh Covid-19.

”Walaupun kaya-raya, tidak terkecuali akan dijangkiti oleh Covid-19,” kata Ismail Sabri.

Namun, jelas beliau, kemungkinan terdapat tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap individu yang menghalang penjawat awam melakukan tugas mereka.

”Walau bagaimanapun dari segi undang-undang, saya percaya mungkin ada iaitu yang menghalang penjawat awam untuk menjalankan tugas masing-masing.

”Saya percaya mungkin perkara ini boleh digunakan dan saya harap mereka yang berkedudukan tinggi itu sepatutnya lebih bertamadun daripada orang lain,” ujar beliau.

Tambah Ismail Sabri, kerjasama harus diberikan kepada petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus menyelamtkan pesakit dan memerangi wabak ini.

”Saya harap berikanlah kerjasama kepada petugas-petugas ‘frontliners’ ini terutamanya doktor, jururawat dan sebagainya yang terlibat.

”Kerana seperti yang saya katakan kedudukan yang tinggi tidak menjamin mereka terselamat daripada Covid-19,” kata beliau.

Semalam, terdapat beberapa petugas kesihatan yang merupakan barisan hadapan negara, meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap sekelompok individu yang menghuni wad Covid-19.

Para petugas disifatkan lebih kepada merawat sifat mementingkan diri kelompok berkenaan daripada merawat Covid-19 itu sendiri.

Baca: “Sentiasa Dengar Azan Dalam Wad,” Doktor Rindu Pada Abang-Abang Tabligh Yang Sentiasa Berzikir

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP

The post “Covid-19 Tak Kenal Dari ‘Kayangan’ Atau Dari Bumi” – Ismail Sabri Beri Teguran appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.