Ads Top

Arab Saudi Melarang Solat Taraweh Di Masjid Sepanjang Ramadan Ini

Umum mengetahui bahawa situasi jangkitan COVID-19 di seluruh dunia masih belum reda. Keadaan ini termasuklah di Arab Saudi di mana WHO menunjukkan laporan setakat 16 April, kes jangkitan telah meningkat ke 5862 orang serta 79 kematian. Setakat ini jumlah keseluruhan kes di seluruh dunia telah mencapai angka 2 juta.

Bimbang akan penularan ini, bukan umrah sahaja tidak dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi, malah solat Taraweh juga tidak dibenarkan diadakan di masjid sepanjang Ramadan tahun ini.

Tambahan pula, hal ini mesti dipatuhi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan di Arab Saudi yang sudah dikuatkuasakan di bandar-bandar besar seperti Jeddah, Dammam, Taif, Dhaharan dan Tabuk.

Selain itu, pelaksanaan solat jenazah turut dihadkan kepada lima hingga enam orang ahli keluarga sahaja bagi satu kematian.

Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Dr Abdul Latif Al Sheikh berkata bahawa keutamaan mesti diberikan dalam usaha menjaga kesihatan orang awam. Memetik kata-katanya seperti yang dilaporkan oleh Gulfnews.com,

“Kita perlu berdoa kepada Allah agar menerima ibadah Taraweh yang akan dilakukan tidak kira sama ada ia dilaksanakan di masjid atau di rumah…ayuh sama-sama berdoa agar Allah melindungi kita daripada wabak yang sedang menyerang seluruh dunia”.




No comments:

Powered by Blogger.