Ads Top

Apa Perlu Buat Jika Terlupa Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan

Bulan Syaaban biasanya menjadi bulan terakhir umat Islam melakukan pecutan untuk menggantikan puasa Ramadan yang telah ditinggalkan. Biasanya isu yang timbul ketika ini ialah terlupa bilangan hari yang perlu diganti. Ada pula yang masih berhutang qada puasa Ramadan yang lampau – mungkin 3 atau 4 tahun yang lepas.

Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang itu ragu berapakah hari puasa yang telah ditinggalkan?

Dalam hal ini, seseorang itu perlu mengambil kadar bilangan yang lebih meyakinkan. Ia boleh dirujuk seperti dalam isu terlupa bilangan rakaat dalam solat.

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُلْقِ الشَّكَّ، وَلْيَبْنِ عَلَى الْيَقِينِ

“Apabila kalian ragu dalam sholat, hendaknya dia buang keraguannya dan dia ambil yang lebih meyakinkan….” (HR. Abu Daud, no. 1024 dan disahihkan Al-Albani)

Yang lebih meyakinkan di sini ialah mengambil yang lebih sedikit dan lebih berat.

Contohnya orang yang solat Zohor, ragu-ragu sama ada telah mengerjakan 2 atau 3 rakaat perlulah memilih yang sedikit iaitu 2 rakaat.

Orang yang sudah tawaf dan lupa adakah sudah melakukan 5 atau 6 kali pusingan perlu memilih yang sedikit iaitu 5 kerana lebih meyakinkan. Begitulah juga dalam hal menggantikan puasa ini.

Jika seseorang itu keliru bahawa berapa hari yang telah ditinggalkan – sama ada 7 atau 8 maka perlu memilih 8 kerana itulah pilihan yang lebih berat namun lebih menenangkan.

Jika dia masih sempat menggantikan puasa tahun sebelumnya sebelum masuk Ramadan tahun ini, maka dia sudah terlepas daripada denda membayar fidyah.

Walau bagaimanapun, jika dia melengah-lengahkan sehingga tidak sempat menggantikan, maka wajib ke atasnya untuk tetap menggantikan puasa dan juga membayar fidyah.

Wallahua’lam.




No comments:

Powered by Blogger.