Ads Top

(Video) TERKINI: Semua Sekolah & IPT Diarah Ditutup Antara 6 Perintah Kawalan Pergerakan

Putrajaya, 16 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan perintah menutup semua sekolah dan institut pengajian di seluruh negara.

Perintah ini tertakluk di bawah perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Sementara itu, semua sekolah di seluruh negara termasuk swasta dan kerajaan ditutup.

“Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuklah sekolah harian, sbp , antarabangsa, pusat tahfiz, dan lain-lain semua institusi rendah, menengah dan pra-universiti.

“Penutupan semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

“Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, perairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan,” katanya.

Ucapan bermula pada minit 9.20.

Sumber: Bernama

The post (Video) TERKINI: Semua Sekolah & IPT Diarah Ditutup Antara 6 Perintah Kawalan Pergerakan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.