Ads Top

(Video) Pembayaran Bantuan Sara Hidup RM 200 Diawalkan Ke Hari Ini

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembayaran RM200 bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya pada Mei 2020 diawalkan ke tarikh 16 Mac (hari ini).

Menurutnya, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM760 juta dan akan memanfaatkan sebanyak 3.8 juta isi rumah penerima BSH.

“Bayaran tambahan RM100 akan dibayar pada Mei 2020, melibatkan peruntukan sebanyak RM500 juta serta memanfaatkan 5 juta penerima BSH.

“Kalau ikut jadual asalnya lambat lagi, tapi kita bawa ke sekarang, hari ini 16 Mac,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi pelaksanaan projek-projek kecil.

“Projek-projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam Pelan Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) akan mula dilaksanakan dalam bulan April 2020 iaitu bulan hadapan.

” Pelaksanaannya akan dipantau oleh Ketua Setiausaha Negara dan laporan mingguannya akan diberikan kepada saya,” katanya lagi.

Projek tersebut akan memberikan fokus kepada pembangunan luar bandar, dan akan dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor bumiputera yang kecil.

Sumber: Twitter

The post (Video) Pembayaran Bantuan Sara Hidup RM 200 Diawalkan Ke Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.