TERKINI: Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Diumum Jumaat Ini- PM
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang lebih menyeluruh.
“Kawan-kawan saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus-lumus menyediakan pakej tersebut yang akan berikan manfaat kepada semua.
“Sama ada anda adalah pemandu teks, Grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak dan pekerja harian, kerajaan akan cuba sedaya-upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat.
“InsyaAllah, tiada siapa yang berkecuali,” jelasnya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.
Pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh akan diumum Jumaat ini – PM @MuhyiddinYassin
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 25, 2020
Sumber: RTM
The post TERKINI: Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Diumum Jumaat Ini- PM appeared first on Siakap Keli.
No comments: