Ads Top

“Kita Ada Peluang Tipis,” Gelombang Ketiga Covid-19 Boleh Jadi Lebih Besar Seperti Tsunami

Rakyat Malaysia buat pertama kalinya pada hari ini perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19.

Perintah ini meliputi seluruh negara dan pihak berkuasa menyeru agar rakyat mematuhi perintah yang telah ditetapkan.

Menerusi laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, beliau merayu agar semua rakyat Malaysia patuh kepada perintah kawalan tersebut.

Hari ini adalah hari pertama “perintah kawalan pergerakan” di negara kita. Dengan kata-kata mudah, “sila duduk di rumah” dan jarakkan diri anda daripada orang lain.

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap “tidak kisah”.

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. “Duduk di rumah dan jangan keluar “

Sumber: Noor Hisham Abdullah

The post “Kita Ada Peluang Tipis,” Gelombang Ketiga Covid-19 Boleh Jadi Lebih Besar Seperti Tsunami appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.