Ads Top

Jumlah Terkini Kes COVID-19 Mengikut Negeri

Setakat jam 5 petang tadi, sebanyak 790 kes COVID-19 telah direkodkan di Malaysia melibatkan pesakit di setiap negeri.

Dalam jumlah berkenaan, Selangor menjadi negeri dengan kes COVID-19 tertinggi dengan 192 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (119) dan Sabah (103).

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan bilangan kes terendah iaitu sebanyak 5 kes diikuti Perlis (8) dan Terengganu (10).

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak pulang ke kampung dan membahayakan ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan mudah dijangkiti.

Grafik bilangan kes mengikut negeri

Kredit: KKM

Sumber: KKM

The post Jumlah Terkini Kes COVID-19 Mengikut Negeri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.