(Video) Tun Mahathir Menteri Tunggal Masuk Pejabat Pagi Ini
Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan tiba di pintu masuk utama Jabatan Perdana Menteri (PMO), dengan menaiki kenderaan rasmi pada jam 9.29 pagi ini.
Tun Mahathir satu-satunya menteri yang masuk pejabat seperti biasa pagi ini selepas Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah perkenan untuk membatalkan perlantikan semua menteri kabinet atas nasihat Perdana Menteri.
Sebelum itu, Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Bersatu, DS Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Rina Harun kelihatan memasuki kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines Residence pada jam 8.15 pagi.
Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial menaiki kereta rasmi plat Malaysia 2020 tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 9.29 pagi ini pic.twitter.com/MHlyYT6svu
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 25, 2020
Sumber: Bernama
The post (Video) Tun Mahathir Menteri Tunggal Masuk Pejabat Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.
No comments: