Ads Top

(Video) Muafakat Nasional Bagi Kata Dua Jika Mahu Tubuh Kerajaan Baru

Kuala Lumpur, 25 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa mengeluarkan kenyataan pertama mewakili Muafakat Nasional sejak jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Setelah pertemuan singkat dengan Yang Di-Pertuan Agong sebentar tadi, pakatan ini telah menyuarakan persetujuan untuk menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan gabungan baru.

Walaubagaimanapun, mereka menolak DAP dalam gabungan itu.

“Dalam waktu mengadap itu, presiden-presiden kita telah menyampaikan deklarasi dengan menyatakan kita bersedia untuk menyokong YAB Dr Mahathir sekiranya beliau membentuk satu gabungan baru dengan syarat gabungan baru itu tidak melibatkan parti DAP.

“Jika ada gabungan baru dibentuk yang tidak terlibat DAP, kami nyatakan sokongan kita pada Dr M bagi memimpin satu gabugan baru bagi ganti PH yang telah runtuh,” katanya.

“Jika melibatkan DAP, kami sebulat suara tidak menyertai kerajaan itu,” tambahnya.

Sementara itu, Muafakat Nasional turut mengesyorkan pembubaran parlimen.

“Melihat kepada kemelut ini, kami rasakan tidak adil pada rakyat jika ada sebarang usaha bentuk kerajaan yang lari dari prinsip amalan demokrasi berparlimen dalam negara kita.

“Pendirian kita dalam situasi seperti ini adalah mandat harus dikembalikan kepada rakyat dan kita memohon parlimen dibubarkan dan biarlah rakyat yang menentukan,” katanya.

Sumber: Astra Awani

The post (Video) Muafakat Nasional Bagi Kata Dua Jika Mahu Tubuh Kerajaan Baru appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.