(Video) BCL Menangis Atas Pentas, Kali Pertama Buat Persembahan Lepas Suami ‘Pergi’
Penyanyi Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan BCL yang mengenakan baju serba hitam semasa tampil buat kali pertama selepas pemergian suami tercinta di sebuah persembahan Friday Fusion, Jakarta.
Sepanjang persembahan itu berlangsung, kesedihan pada wajah BCL terselah menyebabkan ramai yang sebak ketika menonton konsert tersebut.
“Saya tidak pernah membayangkan hal lepas terjadi dalam hidup saya tetapi saya sedar ramai yang memberi sokongan untuk saya dan keluarga,” kata BCL.
BCL mengharapkan arwah suaminya bahagia kerana semangat yang ada dalam dirinya untuk meneruskan kerjayanya dan berjaya menampilkan dalam persembahan tersebut.
“Dan InshaAllah, Ashraf juga senang melihat saya di sana malam ini.”
Ketika BCL menyampaikan lagu ‘True Love dan Treasures’, air mata seorang isteri yang rindukan suami mengalir sambil mendendangkan lagu di persembahan tersebut.
Walau bagaimanapun semangat dan kekuatan dalam dirinya membuatkan ramai yang sebak. Semoga Arwah Ashraf Sinclair tenang bersama orang-orang beriman.
Sumber: Tribun news
The post (Video) BCL Menangis Atas Pentas, Kali Pertama Buat Persembahan Lepas Suami ‘Pergi’ appeared first on Siakap Keli.
No comments: