Ingat ”Fake News”, Maszlee Kecewa Isu Ustazah Merangkak, Nasihat Ibu Bapa Bersabar
Sokongan daripada ibubapa juga memainkan peranan penting dalam mengajar erti kehidupan tetapi tanggungjawab seorang guru yang adalah berat terutama dari segi pembentukan akhlak.
Terbaru, bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Maszlee Malik telah memuat naik sebuah posting mengenai isu seorang rakaman video mengenai seorang guru yang dipaksa merangkak.
Menurutnya, beliau merasa kecewa mengenai rakaman berkenaan kerana berpendapat kedudukan seorang guru adalah tinggi martabatnya, guru adalah pembimbing selepas ibu bapa.
”Sehingga pada awalnya saya tidak percaya, adakah ini fake news?
”Apakah yang telah terjadi dengan masyarakat kita hari ini?
”Seorang guru ialah seorang insan yang tinggi martabatnya. Kita tidak jadi siapa yang kita jadi hari ini tanpa insan bernama “guru”.
”Tidak sepatutnya kejadian seperti ini berlaku ketika kita telah masuk ke dalam tahun 2020 hari ini. Kepada semua rakan guru di luar sana, saya mohon anda semua bersabar. Kepada para ibu bapa juga saya mohon, semua untuk mengambil masa merenung dan berfikir sejenak,” katanya.
Sumber : Maszlee Malik
The post Ingat ”Fake News”, Maszlee Kecewa Isu Ustazah Merangkak, Nasihat Ibu Bapa Bersabar appeared first on Siakap Keli.
No comments: