Ads Top

(Video)”Dia Siap Ajuk Cara Aku Ajar,” Cikgu Terhibur Bila Minta Anak Murid Comel Mengajar

Rasanya semua orang pernah alami situasi di mana guru memanggil nama untuk mengajar di depan rakan-rakan semasa sesi pembelajaran. Perasaan gugup tak perlu tanya. Ya, untuk sampaikan satu info atau ilmu baru kepada orang lain bukanlah satu kerja yang mudah.

Namun, itulah cabaran yang paling sukar untuk golongan pendidik apabila berhadapan dengan beribu pelajar di negara ini. Macam mana pula kalau seorang murid mengambil alih ‘kerja’ guru mengajar di hadapan kelas.

Seorang pengguna Twitter, Omar Faayiz yang juga merupakan guru ganti di sebuah sekolah di Pulau Pinang memuat naik satu video yang mencuit hati ramai orang dnegan gelagat anak muridnya itu.

Dengan memilih secara rawak, dia tidak menyangka anak muridnya Harith Aiman dapat menyampaikan ilmu kepada rakan-rakan yang lain dengan baik. Bahkan, gelagat pelajar ini sangat comel sekali.

“Dia ajaq (ajar) dengan betul, comel betul”

Masa ni dia ajuk aku weh. Aku selalu tarik perkataan penting dia pon ajuk. Mana aku tak sayang anak-anak aku.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Tambah Omar semasa dihubungi, beliau merupakan seorang penulis buku pembelajaran subjek Akaun, malah beliau juga merupakan guru ganti di sekolah tersebut selama tiga minggu sesi persekolahan.

Di ruangan komen, gelagat pelajar tersebut dbanjiri dengan reaksi pengguna Twitter yang lain. Ramai yang memuji pelajar berkenaan dengan cara pemyampaian dan teknik yang betul.

 

Sumber: Omarfaayiz

The post (Video)”Dia Siap Ajuk Cara Aku Ajar,” Cikgu Terhibur Bila Minta Anak Murid Comel Mengajar appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.