Kongsi Gambar Free Hair Di IG, Liyana Jasmay Dah Buka Tudung?
Baru-baru ini pelakon Liyana Jasmay ada berkongsikan fotonya bersama keluarga di menikmati hidangan di sebuah restoran di laman Instagramnya.
Yang menarik perhatian ialah pelakon itu yang kini dikenali dengan imej berhijab, dilihat tidak memakai tudung menerusi gambar yang dimuat naiknya itu.
Netizen turut mendakwa pelakon berusia 32 tahun itu sememangnya sudah tidak bertudung bila mana ramai yang sudah terserempak dirinya di luar dengan gaya terbaharunya itu.
Ibu anak dua ini pernah menjalankan perniagaan menjual tudung yang dilancarkan sejak beberapa tahun lalu.
Sebelum ini, gaya pemakaian tudung Liyana dipertikai sesetegah netizen kerana mengatakan dia tidak menutup aurat dengan sempurna apabila menggayakan turban.
Sehingga kini, Liyana masih belum dilihat memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut di laman sosial miliknya. – KopiPlanet.com
The post Kongsi Gambar Free Hair Di IG, Liyana Jasmay Dah Buka Tudung? appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: