Ads Top

Budak Dipercayai Terlepas Dari Rumah Pengasuh Ditemui Menggigil Kesejukan

Rumah pengasuh merupakan tempat yang paling sesuai bagi ibu bapa yang berkerjaya bagi memastikan anak mereka diurus dengan baik pada setiap hari.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa terlepas dari rumah pengasuhnya.

Satu rakaman tular di laman Facebook memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan basah kuyup memegang botol susu.

Menurut perkongsian oleh seorang individu di Facebook, kanak-kanak itu didakwa telah terlepas dari rumah pengasuhnya.

Ekoran daripada penularan video berkenaan, rata-rata netizen nyata tidak berpuas hati sekiranya benar kanak-kanak tersebut terlepas daripada rumah pengasuh.

Malah, ada juga yang berterima kasih kepada individu tersebut yang membantu kanak-kanak itu.

“Kesian la tengok..sampai menggigil budak tu kesejukan”

“Ya Allah lindungi lah anak-anak asuh ku semoga semua dalam rahmatMu”

“Nasib kawasan semak samun kiri kanan jalan. Allah.. nasib jumpa orang yang baik”

Sumber: Facebook

The post Budak Dipercayai Terlepas Dari Rumah Pengasuh Ditemui Menggigil Kesejukan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.