Ads Top

(Video) Viral Aksi ”Tak Sporting” Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan, Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati

Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Filipina yang berlangsung di Stadium Rizal Memorial, Manila dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 berakhir dengan kekalahan tipis sebanyak 1-0 di tangan tuan rumah.

Sungguhpun perlawanan tersebut berjalan dengan lancar, namun terdapat insiden yang kurang enak diantara para pemain didakwa berlaku selepas wisel penamat dibunyikan.

Insiden yang kurang enak itu berlaku ketika para pemain beratur untuk bersalaman selepas perlawanan. Pemain Filipina, Justin Baas didakwa bertindak bersalaman dengan cara yang agak keras dengan pemain Malaysia.

Tindakannya itu dipercayai membuatkan beberapa pemain negara tak berpuas hati kerana sepatutnya perbuatan bersalaman itu bertujuan untuk menunjukkan tanda hormat serta semangat kesukanan yang tinggi di antara pemain.

Susulan daripada insiden tersebut, beberapa pemain negara bertindak memprotes tindakan itu kepada pegawai pasukan Filipina ketika masih di atas padang.

Sungguhpun begitu, tindakan kapten pasukan Skuad Harimau Malaya, Adam Nor Azlin perlu dipuji kerana berjaya menenangkan serta menghalang rakan sepasukannya yang lain daripada melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

Skuad negara kini menduduki tangga ketiga selepas mengharungi tiga perlawanan dengan berbaki 1 lagi perlawanan yang wajib menang menentang Kemboja bagi membolehkan pasukan Malaysia melangkah ke peringkat seterusnya.

Sumber: @harimaumalaya7

The post (Video) Viral Aksi ”Tak Sporting” Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan, Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.