(Video) Riak Wajah Lelaki Dipercayai ‘Istimewa’ Teruja Dijamu Makan Buat ‘Berkaca’ Air Mata Netizen
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Oleh itu, di saat kita sedap menjamah nasi, ingatlah bahawa masih ramai di luar sana yang belum pasti rezeki mereka pada hari ini.
“Nak tambah nasi, empat hari tak makan,” kata seorang lelaki istimewa sambil tersenyum dalam sebuah video yang tular di Twitter hari ini.
Gelagat lelaki ini telah menyentuh dan menghiburkan hati orang ramai yang menonton video berkenaan melihatkan caranya yang lucu ketika berkata-kata. Bersemangat dia angguk cakap cukup makan, tapi bersungguh juga dia minta tambahkan nasinya.
“Cukup ke tak cukup?” tanya seorang lelaki kepada pemuda istimewa berkenaan yang sedang menjamah sepinggan nasi bersama segelas air sirap.
“Cukup,” jawabnya sambil terangguk-angguk.
“Tak payah tambah lagi?”
“Nak.. nak,” jawabnya lagi.
“Eh cukup ke tak cukup?”
“Cukup.”
“Dah cukup tak payah tambah lah.”
“Nak tambaaah haha..”
Jawapan pemuda istimewa itu terhadap soalan perakam video berkenaan membuatkan si penanya itu keliru sekaligus mengusik hati penonton.
Comel, hilang stress
Orang berhati mulia tak pernah tamak
Tak sempat suap, kena jawab soalan
Sedih tengok
“Moga Allah pelihara dia dan orang-orang yang kongsi rezeki dengan dia..”
Sumber: Pasad
The post (Video) Riak Wajah Lelaki Dipercayai ‘Istimewa’ Teruja Dijamu Makan Buat ‘Berkaca’ Air Mata Netizen appeared first on Siakap Keli.
No comments: