Ads Top

Persembahan Reunion Pussycat Dolls Dikritik Penonton X-Factor

Persembahan reunion kumpulan Pussycat Dolls (PCD) yang ditayangkan secara langsung menerusi program realiti nyanyian The X-Factor Celebrity pada Sabtu lalu telah mencetuskan kontroversi apabila ramai penonton mempersoalkan baju mereka yang terlalu seksi.

Kebanyakan penonton rancangan itu menyifatkan pakaian yang dipakai kesemua ahli kumpulan itu adalah tidak bersesuaian dengan program tersebut yang ditayangkan pada waktu perdana.

Ahli PCD yang dianggotai Nicole Scherzinger, 41, Ashley Roberts, 38, Kimberly Wyatt, 37, Carmit Bachar, 45, dan Jessica Sutta, 37, memakai baju terlalu mencolok mata yang hanya menutupi bahagian kemaluan dan payu dara mereka sahaja.

Seorang penonton meluahkan perkara itu di Twitter, “Pakaian yang dikenakan Pussycat Dolls terlampau seksi dan tidak bersesuaian untuk program yang ditonton seisi keluarga termasuk kanak-kanak. Mereka bukan idola yang bagus untuk anak-anak gadis. Anda tidak perlu ‘berbogel’ untuk berjaya.”

X-Factor ditayangkan di sebuah saluran televisyen United Kingdom pada jam 8.15 malam. Negara itu hanya membenarkan rancangan tv yang mengandungi unsur dewasa bermula jam 9 malam dan ke atas.

Selain pakaian, gaya tarian PCD turut dikritik kerana terlalu mengghairahkan dan seksi untuk tontonan umum.

Menerusi persembahan itu, PCD menghiburkan penonton dengan seleksi lagu hits mereka seperti Don’t Cha, When I Grow Up, Buttons serta lagu terbaharu mereka, React. Ini merupakan persembahan pertama mereka selepas berehat daripada dunia seni sejak sembilan tahun lalu. – KopiPlanet.com

The post Persembahan Reunion Pussycat Dolls Dikritik Penonton X-Factor appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.