Ads Top

Mangsa Banjir Tak Nak Pindah Kalau Tak Bawa Kambing Bersama

Banjir di Terengganu masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk surut dan ditambahkan lagi dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh meteorologi Malaysia pada hari ini.

Menurut Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 4 petang ini, seramai 1, 640 mangsa banjir dengan 1,205 yang dipindahkan di 31 buah PPS di daerah Besut.

Disebalik kejadian banjir ini, akan ada beberapa momen-momen yang menjadi perhatian orang ramai termasuk yang dialami sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi yang berhadapan dengan mangsa banjir yang enggan berpindah jika kambingnya tidak diselamatkan.

Menerusi laman Facebook miliknya, Dr Azman Ibrahim berkata kambing juga merupakan makhluk Allah. Beliau bimbang akan turut dipertanggungjawabkan kelak di hadapan Allah.

Kirimannya itu mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya terharu dengan keprihatinan ADUN Jabi tersebut.

Sumber: Dr Azman Ibrahim, Sinar Harian

 

The post Mangsa Banjir Tak Nak Pindah Kalau Tak Bawa Kambing Bersama appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.