Bapa Khabib Mahu Ubah Bekas Gudang Arak Jadi Akademi Latihan MMA
Sejak menumpaskan Connor McGregor, Khabib Nurmagomedov menjadi bintang seni bela diri campuran (MMA) yang sentiasa menjadi perhatian ramai.
Umum mengetahui bahawa Khabib sememangnya sangat komited dalam kerjayanya disebabkan oleh dorongan dari ayahnya. Abdulmanap menjadi sosok penting yang membentuk peribadi Khabib dalam perlawanan MMA.
Namun, peranannya bukan sahaja berhenti setakat itu, beliau juga telah melahirkan ramai atlet MMA yang beraksi di pelbagai organisasi seperti UFC, Bellator dan Professional Fighters League (PFL) sehingga digelar sebagai ‘Bapa MMA Dagestan’. Beliau juga menjadi jurulatih dan mentor kepada bintang MMA di Dagestan iaitu peserta UFC, Islam Makhachev.
Terbaru, Khabib dan Abdulmanap dalam proses untuk membuka sebuah akademi MMA di sebuah gudang yang pernah menjadi stor penyimpanan arak di Dagestani, Makhachkala.
Gudang itu sedang diubahsuai dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang untuk latihan, sauna, pejabat, bilik belajar serta asrama bagi pelatih.
Abdulmanap juga berharap bahawa fasiliti baharu Makhachkala tersebut akan meletakkan satu standard bagi fasiliti latihan MMA di seluruh Rusia.
Perlawanan terakhir anaknya, Khabib, ialah pada September lalu yang memperlihatkan beliau berjaya mempertahankan gelaran UFC lightweight daripada pesaingnya, Dustin Poirier.
Sumber: BJPenn.com, Sinar Harian
The post Bapa Khabib Mahu Ubah Bekas Gudang Arak Jadi Akademi Latihan MMA appeared first on Siakap Keli.
No comments: