Ads Top

(Video) Peyeludup Ganja Ditahan Selepas Patah Balik Untuk Selamatkan Polis Terjatuh Laut Ketika Kejar Mereka

Sepanyol – Beberapa anggota polis yang ditugaskan mengejar satu kumpulan yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah menghadapi detik cemas dan janggal apabila suspek yang dikejar akhirnya menjadi penyelamat mereka.

Dalam adegan kejar yang dirakam oleh helikopter polis, bot milik penguasa memecut laju membelah lautan bagi mengejar kumpulan empat suspek yang menaiki bot lebih kecil.

Ketika aksi hampir sampai ke kemuncak, nasib tidak menyebelahi pasukan berkenaan apabila kedua-dua bot berkenaan bergeseran hingga menyebabkan kesemua tiga orang anggota polis tercampak ke dalam laut membiarkan bot mereka bergerak tanpa kawalan secara berbahaya.

Menurut jurucakap polis, Guardia Civil, kru helikopter, Málaga Aerial Unit melalui pembesar suara telah meminta bantuan daripada kumpulan suspek berkenaan agar menyelamatkan anggota polis terlibat.

Tidak cuba untuk melarikan diri, kumpulan berkenaan menyelamatkan kesemua polis yang terjatuh ke dalam air menaiki bot mereka tanpa sebarang kecederaan.

“Keempat-empat suspek ditahan kerana disyaki menyeludup kira-kira dua tan resin ganja,” katanya.

Dadah yang berasal dari Morocco itu disyaki cuba diseludup ke Sepanyol dan negara Eropah yang lain.

Sumber: New York Times




No comments:

Powered by Blogger.